Thursday 1 July 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021-2

Hai! post kali ini adalah senarai tajuk tugasan BBM3410. Berikut merupakan senarai tajuk tentang semua hasil tugasan saya sepanjang mengikuti kursus ini.


1. BIODATA DIRI

2. CERITA SOSIAL 1

3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA
20. KABUR
21. SILUET
23. PENDUA

33. TWITTER

53. SUASANA
57. SEPI


Assalamualaikum Prof, 

Saya, Siti Shahirah binti Ab Ghani (201814) memperakui bahawa semua tugasan di atas adalah merupakan hasil tugasan saya sendiri. Saya juga mengaku bahawa semua tugasan yang diberikan ini telah disempurnakan dengan lengkap. Jujur saya akui, banyak ilmu pengetahuan baru yang saya peroleh sepanjang mengikuti kelas BBM3410- Multimedia dalam Bahasa. Saya harap pembaca blog ini juga mendapat manfaat yang sama. Melalui kursus ini, saya juga dapat mempelajari sesuatu tentang perkara yang di luar bidang kos. terutamanya tentang teknik fotografi, pengiklanan dan lain-lain. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Prof. Dr Normaliza atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang mengikuti kelas BBM3410 ini. Saya juga ingin meminta maaf sekiranya saya ada menyinggung perasaan Prof sepanjang mengambil kelas ini. Terima kasih sekali lagi Prof kerana banyak ilmu baharu yang saya dapat aplikasikan dalam pekerjaan selepas ini. Terima kasih juga untuk ahli kumpulan saya, Taming Sari kerana banyak berpenat lelah membantu saya menyiapkan semua tugasan. Terima kasih kerana selalu memberikan kerjasama yang baik. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa Prof, ahli kumpulan Taming Sari dan rakan-rakan sekelas lain, aamiin. Terima kasih juga kepada pembaca blog ini. Saya harap anda juga sama-sama dapat memanfaatkan semua tugasan ini. Baiklah, itu sahaja coretan saya kali ini. Anda semua jangan risau kerana saya akan sentiasa update blog ini jika tiada aral dan halangan, inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment