Dilema Pengembara
Rancangan sembah ilmu tentang 'Dilema Pengembara' yang dikongsi oleh Dr. Siti Nur Aliaa Roslan merupakan perkongsian tentang pengalaman beliau tentang pengembaraannya ke luar negara. Bagi saya, perkongsian ini sangat menarik kerana beliau banyak memberi nasihat dan panduan tentang bagaimana ingin menjadi pengembara. Menjadi seorang pengembara ini bukanlah senang kerana ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat, selain mempunyai sistem kewangan yang stabil untuk memulakan sesuatu pengembaraan. Mengembara merupakan salah satu minat yang saya masih belum kecapi, perkongsian ini telah membuka mata saya agar sentiasa bekerja kuat untuk menggapai sesuatu impian kerana ia tidak mudah. Kelebihan mengembara ini banyak seperti kita dapat mengenali adat resam, makanan, dan budaya baru. Sebagai permulaan, saya akan cuba untuk mengembara dalam negara terlebih dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk mengembara di negara luar.
Kehadiran
FB: Siti Shahirah
No comments:
Post a Comment