Assalamualaikum,
Dengan ini, aku ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu. Hai! Nama aku Siti Shahirah Ab Ghani. Boleh panggil saya Shahirah hehe. Alhamdulillah, tahun 2021 ialah tahun ke-22 sejak tahun kelahiran aku pada tahun 1999. Aku merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu. Negeri yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dan laut biru yang terbentang luas. Aku juga merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik.
Aku mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut. Kemudian, aku meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut dari tingkatan satu hingga tingkatan enam. Alhamdulillah, Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia aku amat memuaskan. Jadi, aku bertekad untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti dalam bidang yang aku minat, iaitu bahasa Melayu. Walaupun aku juga mempunyai kecenderungan minat yang tinggi dalam bidang seni, tapi sudah menjadi prinsip aku untuk meneroka pelbagai jenis ilmu. Selagi aku mampu menggarap ilmu, selagi itulah aku akan berusaha dengan sebaiknya.
Kini, aku berjaya menempatkan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor di tahun kedua pengajian dalam bidang Sastera dan Lingusitik Melayu. Aku rasa itu sahaja serba sedikit mengenai diri aku, nanti aku akan beritahu perihal diri pada waktu lain haha.
No comments:
Post a Comment