ASAS GRAFIK – MUDAH (INTERNET) – TAMING SARI
Elemen : Mudah
Tema : Haiwan
Huraian : Gambar ini mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana gambar ini hanya menunjukkan gambar seekor kucing. Gambar ini memberi pemberatan hanya kepada seekor kucing disebabkan latar yang digunakan tidak memberi sebarang pemberatan hanya untuk keindahan gambar. Hal ini memudahkan individu yang melihat mengetahui mesej yang mahu disampaikan iaitu seekor kucing. Oleh itu, gambar ini mempunyai elemen mudah yang dapat dikenal pasti oleh individu yang melihat berkaitan dengan mesej yang mahu disampaikan.
Rujukan : Https://Images.App.Goo.Gl/4sujejdsdp3ys3zr6
Elemen : Mudah
Tema : Minuman
Huraian : Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami oleh orang ramai. Bentuk serta jenama jelas mengambarkan sebotol air mineral yang tidak asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Penggunaan warna serta bentuk yang sederhana kecil dapat menarik minat orang ramai. Maka jelaslah, gambar ini mempertengahkan elemen mudah.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/87FXoohsMCbt85Uk8
Elemen : Mudah
Tema : Filem
Huraian : Berdasarkan grafik di atas, elemen yang diketengahkan ialah elemen mudah. Hal ini kerana, penonton akan mudah memahami mesej atau idea yang ingin ditonjolkan di dalam grafik tersebut tanpa kekeliruan. Grafik tersebut menunjukkan gambar seorang budak perempuan dengan muka mengerikan berlatar belakangkan anak-anak patung yang seram. Secara sekilas lalu, penonton akan mengetahui bahawa grafik tersebut adalah sebuah poster untuk filem seram.
Rujukan : https://hellhorror.com/images/inTheaters/origs/e37b3-haunted-2017-poster.jpg
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Huraian : Gambar sebotol Nutella di atas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana gambar tersebut sudah memberikan maksud yang jelas tanpa sebarang mesej yang padat. Gambar ini juga mudah dikenali ramai kerana Nutella merupakan antara produk makanan yang terkenal. Tanpa mesej yang berat, seseorang sudah mampu memahami gambar tersebut dari segi jenama, cara makan dan sebagainya.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/AF2JK7qvngNGShD36
Elemen : Mudah
Tema : Kenderaan
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana seseorang mudah untuk melihat dan memahami sesuatu mesej yang terdapat dalam gambar tersebut tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di atas merupakan sekeping foto sebuah kereta berwarna kuning yang terletak di ruang yang berwarna putih. Dengan itu, seseorang seseorang yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto itu ialah sebuah kereta berwarna kuning.
Rujukan : https://www.jomedumy.com/2019/04/gambar-kereta-suv-xiaomi-redmi-car.html
Elemen : Mudah
Tema : Dompet
Huraian : Gambar di atas adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Logo yang tertera pada dompet tersebut menunjukkan bahawa ianya adalah jenama yang terkenal dan mempunyai banyak peminat. Peminat logo ini tahu bahawa dompet ini direka khas untuk lelaki. Namun ada juga peminat dompet berjenama ini yang terdiri dari para wanita.
Rujukan : https://shopee.com.my/product/29993877/3436627670?smtt=0.11105145-1617378909.3
Elemen :Mudah
Tema : Makanan
Huraian : Gambar aiskrim coklat di atas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana, dengan hanya sekali pandang sahaja, seseorang itu akan dapat mengetahui bahawa objek yang dilihat merupakan makanan, iaitu ais krim coklat. Foto aiskrim yang jelas, dengan warna coklat yang lebih pekat daripada warna latar, akan lebih memudahkan seseorang itu memahami mesej yang ingin disampaikan. Meskipun, hanya dengan seimbas lalu, seseorang itu pasti akan dapat tangkap apa yang dilihatnya tanpa sebarang kekeliruan.
Rujukan : https://www.behance.net/gallery/18184625/CGI-Magnum-Almond
Elemen : Mudah (Internet)
Tema : Kasut
Huraian : Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami. Hal ini kerana, kehadiran watak mampu menyatakan maklumat tersirat. Gambar ini juga tidak memerlukan teks yang banyak kerana dengan menyatakan jenama kasut iaitu Adidas membolehkan orang mengetahui bahawa gambar ini berkaitan kasut bola. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen mudah untuk menyampaikan mesej.
Rujukan : https://www.prodirectsoccer.com/productimages/V3_1_Main/130678.jpg
Elemen : Mudah
Tema : Pakaian
Huraian : Gambar tersebut mengetengahkan elemen mudah. Gambar yang dipaparkan mudah difahami dan ringkas dari segi penyampaian mesej dalam bentuk grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilihan grafik yang memaparkan bentuk baju memudahkan untuk menyampaian mesej secara ringkas dan mudah difahami. Oleh itu, gambar yang berbentuk baju ini mengandungi elemen mudah.
Rujukan : https://fashionbatiks.blogspot.com/2019/10/19-inspirasi-baru-gambar-baju-polos.html
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Huraian : Gambar ini mengetengahkan elemen mudah. Gambar ini dikategorikan sebagai elemen mudah kerana terdapat petunjuk tentang mesej gambar iaitu keju dan biskut. Jadi sudah semestinya ini ialah iklan biskut keju. Saiz keju yang lebih besar berbanding saiz biskut memberi mesej kepada pengguna bahawa produk biskut mereka mempunyai rasa keju yang lebih banyak berbanding produk biskut keju yang lain.
Rujukan : https://i.pinimg.com/originals/98/05/0f/98050fd1663570dc5a3c42489136567b.jpg
ASAS GRAFIK – MUDAH (GAMBAR SENDIRI) – TAMING SARI
Elemen : Mudah
Tema : Haiwan peliharaan
Huraian : Gambar ini mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana gambar ini menunjukkan gambar seekor kura-kura. Gambar ini memberi pemberatan hanya kepada seekor kura-kura disebabkan latar yang digunakan tidak memberi sebarang pemberatan hanya untuk keindahan gambar. Hal ini memudahkan individu yang melihat mengetahui mesej yang mahu disampaikan iaitu seekor kura-kura. Oleh itu, gambar ini mempunyai elemen mudah yang dapat dikenal pasti oleh individu yang melihat berkaitan dengan mesej yang mahu disampaikan.
Elemen : Mudah
Tema : Pelitup Muka
Huraian : Elemen yang terdapat di dalam gambar ini ialah elemen mudah. Hal ini demikian kerana, gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami tanpa kekeliruan. Gambaran grafik pelitup muka di luar kotak menyerlahkan lagi mesej yang hendak disampaikan. Seseorang yang melihat gambar ini akan mengetahui bahawa gambar ini ialah sebuah kotak yang mengandungi topeng pelitup muka.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Huraian : Elemen yang terdapat di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Apabila melihat gambar tersebut, seseorang mengetahui bahawa gambar tersebut adalah gambar makanan, iaitu sate. Maka, mesej yang hendak disampaikan iaitu makanan, dapat ditafsir dan diterima dengan baik oleh orang yang melihat. Oleh yang demikian, gambar ini dikatakan elemen mudah kerana mesej dapat disampaikan tanpa sebarang kekeliruan.
Elemen : Mudah (Ambil sendiri)
Tema : Ubat-ubatan
Huraian: Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami. Hal ini kerana, kehadiran watak lima biji pil mampu menerangkan mesej dalam gambar. Gambar ini menarik perhatian orang yang melihatnya kerana tumpuan penglihatan orang lain akan menjurus kepada watak pil yang hadir. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen mudah untuk menyampaikan mesej.
Elemen : Mudah
Tema : Perhiasan Wanita
Huraian : Gambar tersebut mengetengahkan elemen mudah. Walaupun terdapat kesemua elemen asas grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang dipaparkan lebih memberatkan kepada elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila gambar tersebut dilihat oleh seseorang, dia akan faham bahawa gambar tersebut ialah gambar perhiasan wanita iaitu cincin dan rantai. Oleh itu, gambar ini disampaikan dengan ringkas dan mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Perkakas Dapur
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana seseorang mudah untuk melihat dan memahami sesuatu mesej yang terdapat dalam gambar tersebut tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di atas merupakan sekeping foto sebiji cawan berwarna pink dan maroon serta bercorak hati yang terletak di atas permukaan kayu. Dengan itu, seseorang yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto itu ialah sebiji cawan berwarna merah jambu dan maroon serta bercorak hati.
Elemen : Mudah
Tema : Produk Kecantikan
Huraian : Berdasarkan imej di atas, elemen yang diketengahkan ialah elemen mudah. Imej di atas menunjukkan sebuah botol kaca berwarna putih pekat bersebelahan dengan sebuah kotak yang mempunyai jenama yang sama dengan produk tersebut. Maka, apabila seseorang melihat sepintas lalu imej yang ditunjukkan, orang akan mengetahui bahawa imej tersebut adalah sebuah botol produk kecantikan. Oleh itu, seseorang dapat mengetahui mesej yang disampaikan oleh gambar tersebut tanpa kekeliruan.
Elemen : Mudah (Gambar sendiri)
Tema : Produk Rumah
Huraian :Gambar tersebut menunjukkan elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang akan terus mengetahui bahawa gambar tersebut adalah sebuah bekas untuk menyimpan makanan. Bekas tersebut juga menarik kerana mempunyai banyak rupa warna yang menyerlah di sekeliling permukaannya. Gambar yang mudah ini tidak memerlukan orang untuk berfikir lama bagi mengetahui fungsinya. Dengan sekilas pandang, pengguna akan mengetahui tentang cara penggunaan dan jenamanya yang tersendiri.
Elemen : Mudah (ambil sendiri)
Tema : Teknologi
Huraian : Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di atas ialah elemen mudah. Foto headphone yang dipaparkan kelihatan jelas kerana saiz headphone di dalam gambar adalah lebih besar berbanding dengan teks yang dipaparkan. Hanya dengan sekali pandang, seseorang yang melihat foto ini, pasti akan faham maksud yang ingin disampaikan iaitu fungsi ‘headphone’ itu sendiri sebagai alat untuk mendengar muzik tanpa gangguan persekitaran. Foto di atas menunjukkan elemen mudah juga kerana ianya mudah difahami dan tidak memerlukan pemikiran yang panjang ketika seseorang itu melihatnya.
Elemen : Mudah
Tema : Pakaian
Huraian : Gambar ini mengetengahkan elemen mudah. Latar warna nude bersama sepasang kasut tinggi berwarna putih menyerlahkan lagi subjek gambar ini. Apabila seseorang melihat gambar ini, dia mengetahui bahawa gambar tersebut ialah gambar sepasang kasut berwarna putih berkilauan. Bukan itu sahaja, gambar ini kelihatan ‘mudah’ kerana konsepnya yang ringkas membolehkan gambar ini mudah untuk difahamkan.
KETUA KUMPULAN : NUR AQILAH BINTI SEPUAN (202966)
PENOLONG KETUA : NOR FATIN SURAYA NABILLA BINTI RAHIMI (203924)
No comments:
Post a Comment