Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Anda semua pernah dengar pasal video setempat tak? ke tak pernah?
Kalau tak pernah, mari sini saya ceritakan. Video setempat ini merupakan rakaman video yang diambil dari kedudukan yang tidak beralih tempat. Maknanya, video ini diambil dari setempat itu sahaja, tidak berganjak kedudukan. Suara latar pula biasanya suara si perakamlah.
Untuk memenuhi tugasan minggu-7, saya telah menghasilkan video setempat ini semasa kita menyambut Hari Raya Aidilfitri haritu hehe. Pada mulanya, saya ingin menghasilkan video setempat semasa makan pagi pada hari raya. Tapi, saya ingin membuat sedikit kelainan kerana mungkin sudah ramai yang menghasilkan video setempat pada pagi raya. Kalau nak buat video setempat semasa makan kuih raya pun rasanya macam sudah biasa. Jadi kebetulan pada petang raya itu, mama saya ingin membuat cucur ikan rebus (kalau orang Terengganu, cucur ni memang famouslah haha). Jadi, saya hasilkan video setempat semasa makan petang. Sambil rakam tu, ada jugalah saya rakam wajah adik dan siap dengan suara latar ahli keluarga saya yang lain lagi haha. Alang-alang hasilkan video ini, saya juga nak memperkenalkan orang luar Terengganu tentang juadah lazim rakyat Terengganu ni. Saya tahu, biasanya orang luar Terengganu tidak biasa dengan cucur ikan rebus ni.
Jadi siapa yang baca blog saya ini, anda patut cuba juadah ini ya!
Sekian, setakat ini sahaja cerita ini berakhir ya. Tunggu cerita lain lagi!
No comments:
Post a Comment