Thursday 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Pendekatan Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2018), pendekatan analisis wacana diperkenalkan ekoran beberapa kajian lepas. Kajian tersebut melibatkan ujaran dan interaksi daripada kanak-kanak, remaja, pelajar university dan masyarakat keseluruhannya. Kajian teks dan tulisan pula melalui cerita rakyat, pantun, sajak, lirik lagu, dan sebagainya. Pendekatan ini mempunyai lima elemen penting merangkumi pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, Bahasa dan inferens. Elemen pertama, iaitu pra-andaian merupakan teori yang diperkenalkan oleh Abbott (2000), Atlas (1977) dan Brown & Yule (1983). Elemen kedua, iaitu emosi merujuk pada teori Cannon (1927). Elemen ketiga, iaitu nilai dan budaya merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara (1995). Elemen keempat pula ialah bahasa, teori Stubbs (1983). Elemen terakhir ialah inferens yang merujuk pada teori Brown & Yule (1983).

 

        i.            Pra-andaian

Pra-andaian ialah satu perkara yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah dan tindakan. Pra-andaian terbahagi kepada dua, iaitu instituisi dan konteks. Menurut kamus bahasa Melayu, instituisi atau gerak hati ialah dorongan hati atau perasaan hati. Manakala konteks ialah penganalisisan dari aspek penerimaan, keperluan, perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

      ii.            Emosi

Emosi ialah suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri seseorang akibat ransangan dari dalam diri sendiri atau luar. Emosi ialah kesensitifan perasaan yang selalu diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita meluahkan perasaan. Emosi terbahagi kepada dua aspek, iaitu emosi positif, negative dan bercampur. Emosi akan mempengaruhi tindak balas badan sama ada melalui perangai, perasaan, perlakuan, dan sebagainya.

 

    iii.            Nilai dan budaya

Nilai dan budaya pula dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai ini sudah terkandung falsafah pendidikan negara. Antara nilai tersebut termasuklah jujur, ikhlas, baik hati, kasih saying, kerajinan kesyukuran, kesederhanaan dan nilai positif lain. Penerapan nilai-nilai murni akan membentuk pembangunan modal insan yang berjaya dan seimbang dari segi akademik dan akhlak. Penerapan nilai ini semestinya menjadi elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam diri seseorang.

 

    iv.            Bahasa

Bahasa yang dianalisis adalah memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua, dan ketiga. Bahasa pertama ialah bahasa juga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahasa formal dan tidak formal. Kesalahan bahasa juga dianalisis supaya lebih kritis. Aspek linguistik pula dianalisis supaya huraian lebih jelas dan padat.

 

      v.            Inferens

Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap analisis ini perlu dibincangkan agar ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap dan jelas.

 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT




No comments:

Post a Comment